Sunday 29 July 2012

Iftar Ramadhan 2012

by Emillia Aida Sulaiman at 7/29/2012 11:20:00 pm 0 comments
first time berbuka puasa dengan rakan-rakan office memang sangat seronok. ^__^ semua orang sangat sporting. tak kira Cina ke, India ke, semua join berbuka puasa bersama-sama. dah macam satu family kan. (",)(,") 


last Friday, July 27, 2012, kitaorang berbuka dekat Kites Restaurant, Holiday Inn Kuala Lumpur, Glenmarie. seorang bayar RM30 je daripada RM85++. selebihnya MINCO bayarkan. memang sangat berbaloi la kan. terima kasih MINCO!! (",)

Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie
1, Jalan Usahawan U1/8,
Seksyen U1,
40250 Shah Alam, 
Selangor Darul Ehsan.

Sunday 24 June 2012

Friends Wedding

by Emillia Aida Sulaiman at 6/24/2012 03:26:00 pm 0 comments
cerita basi lagi. hahahaha. :))

kali ni nak cerita pasal wedding Fairuz and Watie lak. ;) sekarang boleh cerita pasal wedding kawan-kawan je. nak cerita pasal wedding sendiri tah bila. macam lambat lagi je. huhahuha. ^__^

ok, kejadian pada 02/06/2012, Sabtu. tempat kejadian, Taiping, Perak.

mula-mula kami pergi rumah Fairuz. dekat Simpang. lepas tu baru pergi rumah Watie. dekat Kampung Dew. tak banyak sangat gambar dengan pengantin. sebab kami sampai pun dah lambat. tapi tak apa lah kan. at least kami sampai juga. ;)

kepada kalian, Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu. InsyaAllah.

 Fairuz's wedding.
Watie's wedding.

Saturday 23 June 2012

" cinta tidak akan datang kalau tidak dicari"

by Emillia Aida Sulaiman at 6/23/2012 10:17:00 pm 0 comments
Tuhan, Aku tidak perlu Orang sempurna untuk mendampingiku.
Aku hanya ingin Orang yang mahu menjadi pelengkap kekuranganku.
Membuat Aku merasa “ADA”.
Membuat Aku tersenyum dan berkata “AKU BERUNTUNG MEMILIKINYA!!”.

Girls Day Out: Brunei, 5 - 8 May 12

by Emillia Aida Sulaiman at 6/23/2012 09:52:00 pm 0 comments
cerita basi pertama. hahahaha. BRUNEI. ^__^

May 5th - 8th, Zarina and I melawat Zalya dekat Brunei. kebetulan kami dapat tiket RM10. memang sangat-sangat berbaloi la. kalau you all masih ingat, I ada cerita pada entry sebelum ini. (",) huhuhuhu.

ok, tak payah membebel banyak-banyak. cerita kau dah basi lah Emillia oiii!! >,< hohoho. biar la kan. ada aku kisah!! :))
welcome to Brunei Darussalam!! weee. :p~ sangat excited wooo!! hehehe. first time menjejakkan kaki di negara yang  kaya raya dengan sumber minyak dan mempunyai Sultan yang sangat mementingkan ISLAM. 

ramai juga yang bertanya. "kenapa pergi bercuti dekat Brunei??, kenapa tak pergi tempat lain?? Brunei bukan ada apa-apa pun." huhuhu. biar lah apa orang nak kata. yang penting I dah sampai sana. yang banyak mulut tu pernah sampai ke?? hah!! mesti kau tak sampai lagi kan. tu mulut kau macam longkang. hahahaha!! :))
hari pertama sampai, kami tak pergi mana-mana pun. lepak-lepak, makan dan bergosip. biasa lah perempuan kan. bila dah jumpa. mesti banyak cerita. hehehe. lumrah alam kan. ^__^ 

malam tu kami makan kat Medan Selera Tutong. makan nasi katok. nasi katok is one of the famous food in Brunei. siapa pergi sana mesti cuba makan nasi katok. kalau tak rugi beb!! hehehe. nasi katok ni, nasi putih makan dengan ayam goreng berempah. cicah dengan sambal hijau dan sambal merah serta sup kosong. harga memang murah. kalau special BND 2. kalau yang biasa BND 1.
ok, masuk hari kedua. awal pagi lagi kami dah gerak pergi tengok site Zalya. tetiba rasa bangga setika. ^_^ cewah!! mana tak nya. kawan kami kerja kat oversea woo!! tak bangga ke?? :D bangga kan!! hehehe.
destinasi seterusnya, kami pergi melawat Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah dekat daerah Bandar Seri Begawan. Subhanallah. sangat cantik. sangat besar. sangat teruja. sampai tak terkata bila jalan pusing-pusing dalam masjid tu. 
lepas habis pusing-pusing dalam kawasan masjid, kami jalan-jalan naik bot pergi Kampong Ayer. Kampong Ayer pun terletak dekat deaerah Bandar Seri Begawan.semua rumah dekat atas air. selain rumah-rumah tradisional, ada surau, masjid, sekolah rendah, galeri kebudayaan, balai bomba dan stesen minyak. semua terapung atas air. banyak lagi gambar masa kat Kampong Ayer. tapi tak terupload dalam blog ni. huhuhuhu. sorry guys!! ^__^
kami berhenti solat Zuhur di Masjid Omar 'Ali Saifuddien. masjid ini diiktiraf sebagai masjid yang terunik di Asia Pasifik dan menjadi salah satu mercu tanda Brunei. ciri yang paling terserlah dan cukup dikenali mengenai masjid ini ialah kubah utamanya yang diliputi dengan emas tulen 24 karat dengan bahagian kubah itu diliputi dengan 3.3 juta keping emas. wah!!! gila hebat. cuba dekat Malaysia macam ni. confirm kena kikis punya. wakakaka. :))
lepas solat Zohor. perut mula menyanyikan lagu keroncong. ^__^ mana tak nya. merayap je kerja. sampai lupa nak makan. Zalya decided to bring us for lunch at Taiwan Ice Bar & Sha Bu Sha Bu Cafe. dia cakap steamboat dekat sini sangat sedap. yup!! memang pun. gila sedap!! dah la banyak. sampai tersandar nak habiskan. hohoho. kedai dia dekat 1st Floor, Kiulap Plaza Hotel. nanti kalau you all datang Brunei, try la makan steamboat kat sini. (",)
lepas makan, destinasi terakhir untuk hari kedua, kami pergi melawat Bangunan Alat Kebesaran Diraja (Royal Regalia Building). di dalam bangunan ini, terdapat banyak barangan berkenaan institusi Diraja Brunei. tapi pelawat dilarang mengambil gambar di dalam galeri ini. hanya boleh bergambar di ruang legar sahaja. kalau nak beli souvenir, boleh beli dekat sini. sebab tak banyak tempat jual souvenir kat Brunei ni.
sambung untuk hari ketiga pula. wah!! sungguh panjang entry I kali ni. hohoho. :p~

ok, awal-awal pagi, kami breakfast dulu. kuih-muih dia sama je macam dekat Malaysia. 3 biji = BND1. rasa pun sama. tak lah pelik. ;)
hari ketiga, kami banyak menghabiskan masa untuk bershopping. ^__^ hehehe. kain-kain dia boleh dikatakan murah. so, alang-alang dah sampai, borong je lah kain untuk raya nanti. heeee. Zarina pula, borong tudung satin. dekat sana, perempuan dia pakai tudung satin. cantik-cantik corak dia. tapi I tak beli pun. nanti tak pakai. sebab licin kan kain satin. kami shopping kain dekat The Mall, Gadong. The Mall bersambung dengan Rizqun International Hotel.
lepas dah mengahabiskan duit, kami berjalan lagi. melawat Bumbongan Dua Belas. dulu tempat ni merupakan tempat kediaman Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei. sekarang dijadikan sebagai tempat untuk memaparkan gambar-gambar yang menunjukkan penglibatan British di Brunei.
akhir sekali, kami melawat Istana Nurul Iman. Istana Nurul Iman ialah tempat kediaman rasmi bagi Sultan Brunei. istana ini merupakan tempat kediaman paling besar di dunia. wah!! gila la. Istana Buckingham pun kalah. huhuhuhu. kalau you all nak tau pasal istana ni, you all boleh lah Google yer. heee. :D 
hari keempat, awal-awal pagi lagi, kami dah gerak pergi ke airport. bye bye Brunei. T__T till we meet again. 


huh!! akhirnya. habis cerita basi pertama I. hehehe. :)) bersambung nanti dengan cerita basi yang lain. ^__^ daaa~~

Activities In My Office

by Emillia Aida Sulaiman at 6/23/2012 03:47:00 pm 0 comments
LUNCH TALK
21/06/2012
KEEPING OUR CHILDREN SAFE - WHAT WE CAN DO ??

29/05/2012
MSRC BLOOD DONATION CAMPAIGN 2012

LUNCH TALK
23/05/2012
PATITECH WALL (RE WALL) / CRIB TECH WALL SYSTEMS

LUNCH TALK
09/05/2012
BRIDGE OVER SUNGAI CHANDONG BESAR, PULAU INDAH

LUNCH TALK
25/04/2012
BRIEFING ON THE EMPLOYEE PROVIDENT FUND (EPF) NOMINATION

06/04/2012
50th ANNIVERSARY OFFICIAL LAUNCHING
my Technical Director, Mr. T.Roy
my General Manager, Mr. T.Durailingam
my officemates. ^_^

LUNCH TALK
28/03/2012
TECHNICAL WRITING: SOME GUIDELINES ON WRITING TECHNIQUES FOR RFPs AND REPORTS / MEMORANDUM

LUNCH TALK
21/03/2012
THE IMPORTANCE AND ART OF CHECKING DRAWINGS

LUNCH TALK
15/02/2012
PLANNING GUIDELINES FOR DEVELOPMENT ON HILLY & HIGHLAND AREA IN SELANGOR

mengUPDATE !!

by Emillia Aida Sulaiman at 6/23/2012 02:35:00 pm 0 comments
mood untuk berBLOG sudah kembali.
banyak cerita basi nak di cerita kan.
heeee. tungguuuu!!! ^__^

Tentang Rasa

by Emillia Aida Sulaiman at 6/23/2012 02:25:00 pm 1 comments

Vanilla Coklat, you really made me crazy!! LOVE this song. >,<

CROCHET flower brooch : for SALE!!

by Emillia Aida Sulaiman at 6/23/2012 02:25:00 pm 0 comments
hye everyone!!
CROCHET flower brooch : for SALE!!
(^_^)
please PM me if u interested.
thank you.

size: SMALL (1 layer)

price: RM 1.50

length: 2cm

size: MEDIUM (2 layers)

price: rm3.50

length: 3.5cm

size: LARGE (2layers)

price: rm6.00

length: 5.5cm

Wordless 002

by Emillia Aida Sulaiman at 6/23/2012 02:24:00 pm 0 comments
RESERVED for someone.

Brunei, Here I Come!!

by Emillia Aida Sulaiman at 6/23/2012 02:24:00 pm 0 comments
I'M GOING TO BRUNEI!!! Waahoo!!! Sooooo excited!!!

Tapi lambat lagi kut. >,< Bulan 5 baru nak terbang. :D

Kami dapat tiket RM 10 for one way. Beli masa bulan 9 tahun lepas. Total semua dalam RM 200 untuk seorang. Sangat berbaloi-baloi kan Cik Zarina. ^_^ Price include flight ticket, airport fee, airport tax, fuel surcharge, insurance, baggage and meal. ;)

So, prepare duit untuk SHOPPING je. ^_^

Hotel pun dah save. Sebab stay dekat rumah Cik Zalya. Dia kan kerja dekat sana. So, tumpang je rumah dia nanti. Cik Zalya juga merangkap tourist guide kami. ^_^

TERIMA KASIH Cik Zalya!! 

our travel itinerary.

Lama Menyepi

by Emillia Aida Sulaiman at 6/23/2012 02:23:00 pm 0 comments
Hello, Hye and Salam to Everyone!! So long without blogging!! It has been a while since my last post. Sangat busy la sekarang dengan tugas-tugas harian. Tak macam kerja kat HkhC dulu. Hah, padan muka ko!! Nak kerja baru sangat kan!! Amik ko!! Lalalala~~ :D

Sejak kerja dekat tempat baru ni, sangat la busy. Smpai nak menguap pun tak sempat. Hehehe. ^_^But, I'm very very very HAPPY!! Senior-senior sangat membantu. ;) THANK YOU VERY MUCH to all of you. I really appreciate it. ^_^

Now, I’m doing the design of TNB sub-station and retaining wall for extension of the Kelana Jaya line project. As usual, terpaksa membuka kitab-kitab lama la kan. Memang dah tak ingat langsung. >,< Berkarat otak. :D Walauapapun, I hope everything will be fine. 

Well, that's all for now, I will try to start posting more frequently. InsyaAllah. ;) Daaa~

Graduate Engineer

by Emillia Aida Sulaiman at 6/23/2012 02:23:00 pm 2 comments
As salam. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. ;) Akhirnya dapat gak kerja baru. Dekat MINCONSULT SDN. BHD. a.k.a MINCO as a Graduate Engineer. 2nd February 2012 lapor diri. Dapat Department Power and Industrial. Huh~~ Apakah?? Takut lak ai. Dengar nama department pun dah seram. T_T Walau apa pun, tahun baru, azam baru, company baru, semoga segalanya akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. InsyaAllah. Wish me luck guys!!


my new office. ;) 

NOTICE OF RESIGNATION

by Emillia Aida Sulaiman at 6/23/2012 02:22:00 pm 0 comments

Happy New Year 2012 !!

by Emillia Aida Sulaiman at 6/23/2012 02:22:00 pm 0 comments


Life is likes a books.
Everyday has a new page with adventures to tell.
Things to learn.
Pain to heal.
And tales to remember.
Happy New Year to all of you!!
May you and your family have wonderful chapters in 2012. 

Family Outing: Ho Chi Minh City

by Emillia Aida Sulaiman at 6/23/2012 02:21:00 pm 0 comments
percutian keluarga ke ho chi minh city a.k.a saigon. di taja sepenuhnya oleh teacher. thank you teacher!! engineer bawa perut dengan buntut je. hahahaha. :D 

percutian selama 3 hari 2 malam.

hari pertama dah sampai dekat lewat petang. check in. malam, keluar dinner and jalan-jalan dekat night market. survey apa barang best. ^^

hari kedua, pukul 7 pagi dah menapak pergi ke sinh tourist. kul 8 pagi, bus gerak pergi cu chi tunnel. perjalanan selama 1 jam. sampai kat cu chi tunnel, dengar mr truong membebel, cuba masuk terowong yang sempit, makan ubi rebus cicah dengan kacang, tengok video perang, beli souvenir dan pulang ke ho chi minh semula. dalam perjalanan pulang, singgah tempat buat kraftangan OKU. sangat cantik dan kreatif. semua pakai kulit telur. pukul 2 petang sampai semula di ho chi minh. lunch, pastu shopping kat ben tanh market. tak amik gambar plak. sebab sibuk membeli belah. :D sangat gila dalam ben tanh market itu. huhuhu. kemudian, terus sambung shopping kat night market pulak. borong apa yang patut. :D seharian berjalan. kul 11 malam baru balik hotel. penat. 

hari ketiga. hari terakhir. T__T morning walk. pergi cari breakfast. pastu masuk ben tanh market lagi. shopping!! hahahahaha. habiskan segala duit yang ada sebelum balik ke tanah air. ;) balik hotel. packing. kul 12 tengah hari gerak ke airport. check in. baggage drop. flight pukul 4 petang. bubye ho chi minh city. till we meet again. selamat sampai malaysia pukul 7 malam.

welcome to ho chi minh city!!
@ cu chi tunnel.
shopping time. ^^ 

Amalkan Gaya Hidup Sihat

by Emillia Aida Sulaiman at 6/23/2012 02:21:00 pm 0 comments
as salam.


kawan-kawan boleh mengikut jejak langkah saya dengan menjadikan berjogging sebagai aktiviti di masa lapang selain swimming. ;)

anda berhak menentukan amalan gaya hidup sihat anda sendiri. ^^
mari kita hidup secara sihat selain megamalkan diet-diet yang seimbang. :D

p/s: kena bekerja keras untuk menurunkan berat badan. abang yob sabar yer. sikit je lagi. ;)

swimming @ kompleks renang paroi. 

Wordless 001

by Emillia Aida Sulaiman at 6/23/2012 02:20:00 pm 0 comments
♥♥♥

Fadhlina & Faris

by Emillia Aida Sulaiman at 6/23/2012 02:20:00 pm 0 comments
lovey dovey couples. ♥♥♥ 

as salam. semalam, 19.11.2011, attend wedding BFF Abang Yob. dekat Dewan Serbaguna, Presint 8, Putrajaya. sangat sangat perfect wedding diaorang. ;) *ni yang rasa tak sabar nak kahwin ni. hikhikhik. >,< dari make up, busana pengantin, catering, dekorasi pelamin & dewan memang sangat grand!! fadhlina mengunakan khidmat dari Puteris Galeri Pengantin Muslimah. kedai dia dekat Business Center Presint 8, Putrajaya. fadhlina cakap ia agak mahal sikit. tapi sangat sangat berbaloi. tak pe kut. sekali seumur hidup je pun nak jadi raja sehari kan. :D 

and one more thing, dia punya Mater of Ceromony, Fuad Zaharull, did a superb job!! memang sangat sangat superb. selawat boleh. bersajak boleh. berpantun boleh. nyanyi lagu Hindustan boleh. nyanyi lagu Indon boleh. nyanyi lagu Anuar Zain boleh. nyanyi lagu apa lagi korang nak? kesimpulannya memang serba boleh la. he is very very talented!! even dia je sorang yang yg jd MC. tapi memang meriah wedding korang. sumpah!! i tak tipu. you should hire him for your wedding reception nanti. korang leh call dia terus. ni Fuad Zaharull punya contact no. 012-6657958. i pun try mengGOOGLE nama dia kat you tube. nak tengok dia punya show. rupa rupanya cousin Jamal Abdillah. patut la sangat-sangat berbakat. ^^

to Fadhlina & Faris, wishing the both of you all the happiness in the world. congratulations and warm wishes to both of you on your wedding day. 

the bride & groom. Fadhlina ♥ Faris. 

SPM 2011

by Emillia Aida Sulaiman at 6/23/2012 02:20:00 pm 0 comments
as salam. (“,)(,”) exam SPM dah START hari ni. berdebar tak? berdebar tak?? hehehe. :D dan mereka akan MERDEKA pada 14 disember. ^^ teringat zaman muda-muda dulu. tertonggeng-tonggeng baca buku. :D tapi result tak ah gempak mana pun. habis tunggang langgang semuanya. hahaha. ^^ 

dear, my future sister in law, Shereen Abd. Rashid, wishing you all the best and good luck for your SPM. hope you can score straight A’s. love you so much!! :-*

straight A++’s ok. ;) 

shereen with her cousin. mr kord. ^^ 
 

emily sulaiman Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review